Saturday, October 10, 2009
Friday, October 9, 2009
Saturday, October 3, 2009
Erti Hidup
Dendangan lagu 'erti hidup'oleh dayang nurfaizah banyak membuatkan AKU terkesima apabila mendengar setiap baris liriknya. Ia membuatkan AKU terfikir pernahkah diri ini menghargai sebuah kehidupan kurniaan Allah yang tidak dapat dinilai harganya.Bila difikir dan direnung kembali, terlalu banyak saat suka duka dan pengalaman yang dilalui sepanjang menyusuri 25 tahun kehidupan ini.Ianya sangat cantik dan begitu mempesonanakan umpama melihat hamparan bunga tulip yang mekar berkembang di bumi Belanda. Pelbagai warna.Merah, kuning, biru, ungu, pink, oren dan seumpamanya. Setiap warna itu mempunyai tarikannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kehidupan ini yang kita lalui dengan pelbagai peristiwa, halangan, cabaran dan dugaan yang telah membuatkan AKU lebih berani dan yakin untuk meneruskan perjalanan sehinggalah tiba saat dijemput oleh Pencipta.Semakin jauh kita melangkah, sebanyak itulah juga halangan yang perlu ditempuhi. Namun, berbekalkan keyakinan, azam dan tekad diri yang padu telah KU temui sebuah ERTI KEHIDUPAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)